Publisher : Malaysian Institute Of Translation & Books
Category : Generic
Author Name : Tan Sri Dato’ Sri Diraja Ramli Bin Ngah Talib
Original Language : Malaysia
Rights sold in :
Hardcover : 100 pages
ISBN/ISSN/Unique Identifier : 978-9674609122
Dimensions :
Satu naratif persejarahan bangsa Melayu menurut teori dan kaedah Ibnu Khaldun disampaikan oleh penulis dengan begitu indah sekali yang mungkin tidak diketahui ramai, mencakupi pandangan hidup dan keunggulan satu bangsa besar dengan warisan bahasa dan budaya yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Perbicaraan penulis berkisar bukan sekadar naratif historiografi, malah merangkumi pandangan dunia atau weltanchauung bangsa Melayu, budaya, tradisi, dan pencapaian cemerlang dalam segala aspek pembentukan ketamadunan. Sebagai penjinak samudera dan penghubung benua, mereka menguasai pelbagai ilmu kelautan seperti ilmu falak dan ilmu perkapalan. Mereka juga mahir dalam ilmu persenjataan dan peperangan bagi memerangi serangan lanun dan musuh di laut.
Bersandarkan teori dan metodologi historiografi gaya Ibnu Khaldun, penulis bukan sekadar menaratifkan rentetan kronologi peristiwa dan pencapaian penting, malah mengulas dan mentafsir secara objektif tanpa pengaruh faktor seperti sentimen dan emosi serta persepsi berat sebelah sebagaimana yang diamalkan oleh sesetengah penulis sejarah. Pembaca seolah-olah dibawa bersama mengembara menyusuri jejak masa dan peristiwa pencapaian gilang-gemilang bangsa Melayu yang warisannya masih kekal bersama dengan generasi kini, iaitu keindahan bahasa dan sastera, serta adat resam yang penuh sifat santun dan berbudi bahasa, yang keunikannya amat dirasakan seperti budaya pantun yang merupakan ciri khas bangsa ini.
The Malays: Pathfinders and Trailblazers bukan sekadar mahakarya sejarah Melayu serantau yang berkisar di pusat tamadunnya, iaitu Srivijaya dan Melaka, malah buku ini mencuba mengupas sejarah Melayu di bahagian lain Kepulauan Melayu merangkumi orang Melayu di Semenanjung dan sebahagian Indonesia, Filipina, dan orang Champa. Bahagian lain di dunia Melayu termasuk diaspora Melayu di Sri Lanka, Afrika Selatan dan Madagaskar juga disebut.
Melayu terapit oleh percanggahan antara fakta keunggulan bangsa dengan dominasi Barat berserta stereotaip berat sebelah mereka. Mereka wira yang menemukan Madagaskar, berdagang dengan Afrika Timur, dan China lama sebelum sesiapa pun melakukannya sama ada dari Timur atau Barat, namun mereka juga ditemui mendayung sampan yang digali di kawasan hulu sungai. Mereka pengasas dua tamadun, Srivijaya dan Melaka, namun diperintah oleh tidak kurang daripada lima kuasa empayar, iaitu Portugal, Sepanyol, Belanda, Britain, dan Jepun. Srivijaya dan Melaka ialah tamadun yang lebih berilmu, dan agama Islam yang dianuti mereka melahirkan prinsip-prinsip moral, tanggungjawab, dan amanah yang tinggi. Mereka bangga dengan citra bangsanya yang unik, bersinonim dangan Islam, iaitu Melayu ialah Islam. Masuk Melayu, jadi Melayu bersinonim dengan masuk Islam dan jadi orang Islam. Di sebalik semua tanggapan dan persepsi oleh orang asing sepanjang sejarah baru-baru ini, tidak menjadi alasan untuk orang meremehkan reputasi mereka sehingga hilang jati diri sebagai Penjinak Samudera, Penjejak Benua.
Generic
Publisher : JT Publishing House Sdn Bhd
Language :
Rights Sold : Indonesia, English, Arabic
Generic
Publisher : Malaysian Institute of Translation & Books
Language :